Wednesday, 11 May 2016

MAJLIS PENGHARGAAN PENULIS BAHARU GRUP KB

# Assalamu'alaikum pembaca #


Alhamdulillah. Pesta Buku Antarabangsa KL 2016 telah melabuhkan tirainya dengan jaya. Banyak komen negatif dan positif yang dilontarkan dek pertukaran tempat dari PWTC ke MAEPS, Serdang. 

Biasalah, dalam kehidupan ini, mesti ada yang baik dan buruk. Cantik dan hodoh. Vice-versa omputih cakap. Saling lengkap melengkapi. 

Bagi aku, PBAKL di Maeps lagi best sebab senang untuk aku pergi. Selfish sangat kan? huhu. Kalau di PWTC memerlukan aku merantau jauh dengan kenderaan yang pelbagai. Duit banyak keluar dan masa juga banyak terbuang. 

Okay! Tutup kes tak puas hati itu dan ini. Let's move on!

Mawar yang insya-Allah tak layu. 


Alhamdulilllah. 7 Mei yang lepas grup Karya Bestari telah mengadakan majlis penghargaan buat penulis baharu dan lama di acara pentas utama. Teruja sangat tau kita! Terharu rasanya. 

Ada idola Dr HM Tuah, ada mufti Wilayah Persekutuan Sohibus Samahah Dr Zulkifli al-Bakri dan ramai ustaz yang terkenal dalam alam maya (sebab tak kenal di alam realiti).

Dapat sahaja tahu yang setiap penulis akan dipanggil ke atas pentas untuk menerima sijil penghargaan, lutut ketar dah. Sibuklah betulkan jubah jeans yang tak semenggah dan tudung Akel hitam yang lusuh. Ditambah dengan kasut buruk yang sudah tiga tahun lamanya yang dibawa ke mana sahaja. 

"Minta-mintalah nama last sekali!"

Sibuk aku doa dalam hati. 

Ukhti Mawar!!

Hah! Tu dia kau. Nama nombor dua. Maaf, doa tak termakbul sebab tak tenang waktu berdoa. 

Berjalan dari belakang ke depan dengan senyuman dan tangan membetulkan jubah kiri dan kanan. Aku dah tak kisah apa yang pengacara majlis cakap. Mata tertumpu hanya pada tangga dan ustaz mufti.

Sepanjang di atas pentas, aku tersenyum dan tersengih. Memohon ada la penulis wanita yang akan menemaniku di atas pentas. Akhir! Tiada. Hanya aku seorang dan hanya Ukhti Mawar! 

Apa-apa pun, terima kasih ya Allah!

Terima kasih buat sahabat yang sudi hadir dan menemaniku. Doakan aku terus istiqamah dan tak malas untuk menulis. Mudahan PBAKL 2017, aku naik pentas lagi dengan buku baharu. :) 

Ameen...

Bersama ibu kepada arwah Ahmad Ammar, baik sangat orangnya.

Bersama uncle Zabidi, penulis skrip tersohor dan ayah kepada Ubadah penulis buku 'Jaulah Mencari Ibrah'.




Bersama Sidah dan Huda yang datang dari jauh

Yun yang tinggi, bukan kami yang rendah. huhu

Aida pula tiada gambar bersama. Sedih. Oh, gambar di ruangan makan pun bolehlah. Terima kasih Aida sudi teman dan penat berjalan. 

Maaf. Muka seharian di pesta. Boleh goreng ikan tu minyak. 


Tangkapan terakhirku di PBAKL 2016. Menggunakan 3 keping baucar buku. Alhamdulillah.


Baiklah. Jumpa tahun depan insya-Allah! :)

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...