|
Kredit Google. com |
Sesak. Ruang Mydin MITC Melaka padat dengan manusia.
Ada yang menolak troli yang sarat dengan barang dapur. Ada juga yang
melipat-lipat kotak untuk diletakkan barangan yang sudah dibayar. Ada yang asyik
membelek-belek pameran pakaian di ruang legar. Tak kalah juga yang duduk di
bangku memerhatikan gelagat manusia lain. Seperti Nana dan Nani. Mereka
melepaskan lelah berjalan dan berehat di ruang foodcourt yang juga
dipenuhi manusia pelbagai ragam. Mereka memerhatikan gerak-geri manusia
sekeliling.
“Ni, Islam ni hebat kan? Wanita terus diangkat
martabat mereka selepas kedatangan Islam.” Nana memecahkan lamunan Nani.
Tersenyum, lalu menghirup air limau ais di hadapannya.
“Memang pun. Terlalu hebat dan agung. Fasa-fasa awal
Islam disebarkan penuh dengan pengorbanan dan keindahan keimanan. Hamba, anak
kecil, wanita semua dilayan setaraf di sisi Allah dalam sudut keimanan dan
ketakwaan,” Nani menambah.
“Sekejap ya, Ni. Nak order sizzling sekejap.”
Nani membelek telefon bimbit pintar Opponya. Membaca
mesej-mesej di WhatsApp atau Telegram memang boleh melekakan. Kadang-kadang
tidak sedar sudah berjam-jam menghadap telefon. Tidak ramai yang memanfaatkan
kemudahan aplikasi seperti itu. Yang ramai ialah yang suka membuang masa dan
berjenaka kosong dengan aplikasi-aplikasi itu. Kemudahan disalahgunakan. Rugi!
“Kalau Nana nak tahu. Kedatangan Islam juga telah
merubah kedudukan haid.”
“Maksudnya bagaimana tu, Nani?” Nana membetulkan
kerusinya sedikit.
“Kalau pada zaman sebelum kedatangan Islam, wanita
yang berhaid ini dipandang hina dan keji oleh masyarakat. Mereka menganggap
kedatangan haid ialah suatu keaiban yang perlu dielakkan dan disembunyikan.”
Nani menarik sarung lengannya sedikit supaya lengan tangannya tertutup
sempurna.
“Golongan Yahudi sebelum kedatangan Islam telah
bersikap melampau dalam bermuamalah dengan wanita haid. Tidak kira isteri atau
siapa sahaja. Kaum lelaki akan menyisihkan kaum wanita yang berhaid dengan
mengasingkan tempat tidur dan tidak makan bersama mereka. Teruk, bukan?”
Nana menggeleng-gelengkan kepalanya.“Teruknya!”
Nani menyambung. “Ada kaum lagi teruk, Na. Macam
kaum Nasrani, mereka pula mengambil sikap tidak peduli dengan kedatangan pada
diri wanita. Kaum suami akan terus bersetubuh dengan isteri mereka tanpa
menghiraukan darah yang mengalir atau kesakitan yang dialami si isteri.” Nana
memlemparkan reaksi tidak puas hati.
“Kejamnya, Ni. Buruk sungguh layanan masyarakat
jahiliah dahulu terhadap perempuan yang kedatangan haid,” Nana memberikan
respon yang memang wajar.
“Kan… Islam memang agama yang terbaik. Segala
persepsi buruk terhadap wanita yang berhaid berubah seratus peratus. Ajaran
Islam sangat sederhana dan menepati fitrah semulajadi manusia. Tidak terlalu
ekstrim dan tidak terlalu mengambil mudah.”
Nani dan Nana menghabiskan makanan di pinggan
masing-masing. Air Nana masih penuh lagi. Si Nana seorang ini memang kurang
gemar minum air. Dia hanya akan minum jika dia betul-betul dahaga sahaja. Itu
memang amalan buruk Nana. Dia mengakui.
“Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud:
‘Kamu boleh melakukan apa sahaja (ketika dating haid) kecuali bersetubuh.
Tengok. Rasulullah sudah cakap beribu tahun dahulu, yang tiada halangan untuk
bermuamalah dengan wanita haid melainkan 'bersama' suami isteri. Kalau zaman
sekarang masih ada lagi yang merasa itu suatu keaiban, memanglah jahil.”
“Lagi Ni.”
“Dalam kitab Tafsir Kabir, karangan Sheikh Imam
Muhammad Razi Fakhruddin, ada menerangkan tafsiran ayat 222 daripada surah
al-Baqarah. Ayat tu merupakan dalil perempuan memang kedatangan haid. Cuba Nana
buka Al-Quran dalam telefon Nana.” Nani turut mengambil telefonnya. Dia terus
mencari aplikasi yang akan dia buku setiap kali menunggu bas di kolej.
“Tatkala ayat ini turun, orang Islam pada ketika itu
telah berpegang pada zahir ayat ini. Mereka terikut-ikut dengan cara kehidupan
orang Yahudi Madinah. Mereka telah mengasingkan wanita yang berhaid dengan
mengeluarkan mereka daripada rumah kediaman. Ada juga yang tiada pantang larang
seperti kaum Nasrani.”
“Bila masyarakat Islam mula sedar, Ni?” Nana
menyedut airnya lagi dua sedutan.
“Kemudian, beberapa orang Arab datang bertemu dengan
Rasulullah saw. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, cuaca telah menjadi sangat
sejuk sedangkan kami kekurangan pakaian. Jika keadaan ini berterusan,
keseluruhan ahli rumah (perempuan) kami yang kedatangan haid akan mati
kesejukan. Nana tahu apa Rasulullah saw jawab.”
“Apa, Ni?” Badan Nana terkehadapan sedikit. Seakan
tidak sabar untuk mengetahui.
“Aku hanya menyuruh kamu menghindarkan diri daripada
berjimak dengan isteri-isteri kamu ketika mereka kedatangan haid dan aku tidak
menyuruh kamu mengeluarkan mereka daripada rumah atau melalukan perkara
–perkara lain sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
“Mesti orang Arab tu insaf, kan?”
“Awak rasa macam tu? Tak insaf pun Na. Mereka
berkata selepas Nabi saw menjawab pertanyaan mereka: Lelaki ini (yakni
Rasulullah saw) ingin meninggalkan amalan kita dan menyalahi kita.”
“Serius? Kerasnya hati mereka!”
“Sebenarnya boleh sahaja suami tidur bersama isteri
mereka. Untuk tidur berhimpit-himpit pun tiada masalah. Yang salah ialah
bersenda antara pusat dan lutut. Mesti ada izar iatu kain penghalang.” Nani
menambah lagi.
“Kalau kita pergi dengar kuliah agama boleh, Ni?
“Boleh sahaja. Tapi tempatnya bukanlah di ruangan
solat masjid. Kalau dewan dalam kawasan masjid boleh sahaja.”
“Okay. Faham!”
“Kita pun dah faham. Perut pun sudah kenyang. Jom
balik!”
Kedua gadis bertudung labuh itu menjinjing bungkusan
yang dibeli dan berjalan menuju ke kereta mereka.
{bersambung}
Ukhti Mawar (sabarmuberbunga.blogspot.my)
No comments:
Post a Comment