# Assalamu'alaikum #
Entry ini khusus buat yang berimpian sangat-sangat untuk menjadi seorang penulis! Yang tiada impian pun boleh baca juga. Mana tahu, selepas baca ini terus berimpian kan?
Penulis? (sambil mencebik bibir dan hidung terjungit)
Bagus apa jadi seorang penulis. Salah satu cabang untuk sebar dakwah dengan meluas. Kalau manusia yang jenis cakap tak berapa nak sedap macam aku ni, memang patutlah menulis (hehehe). Kalau cakap depan orang tu berterabur poin ke sana sini. Lepas tu, parkinson semacam bila pegang mikrofon. Sesuailah tu!
Aku bukanlah orang yang benar-benar berkelayakan untuk menulis tentang hal ini sebenarnya. Buku pun baharu sahaja sebuah yang berjaya diterbitkan dan nama pun orang tak kenal lagi.
Buktinya? Korang pernah ke dengar namaku diseru-seru...? uwwuuu... Kan... Tetapi atas dasar ingin berkongsi rasa dan idea, kugagahi untuk menulis. Sebab sayang korang la kita tulis ni. Ecehh...
Buat pengetahuan korang,
Bukuku #basikalkarat berjaya diterbitkan oleh pihak Karya Bestari pada akhir bulan Januari 2016. Syukur alhamdulillah. Impian menjadi kenyataan. Bermula saat itulah cabaran sebagai seorang penulis muda lagi pokai akan datang silih berganti.
Buat pengetahuan korang juga, aku baharu saja menamatkan pengajian sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti terdamai di Malaysia ni. Jadi, faham-faham sahajalah keadaannya bagaimana.
Tiada sumber pendapatan yang tetap lagi lumayan, makan minum tidur pun percuma di kampung dengan aman, menghabiskan masa dengan kononnya membelek semula kitab untuk dihadam dan berkorban sedikit tenaga sahaja buat mengemas rumah atau menghantar mengambil mak ke kerja.
Selebihnya, yang pernah menghadapi saja yang terlalu tahu dan faham.
Kiranya aku tamat pada bulan Januari juga, bersama-sama buku sulungku keluar pasaran. Gembira, sedih dan terharu bercampur baur.
Berbalik kepada cerita minta menulis korang tu,
Berbalik kepada cerita minta menulis korang tu,
Selepas sahaja buku korang dicetak dan diedarkan ke kedai buku, di situlah bermulanya korang sebagai agen promosi dan jualan untuk buku korang sendiri. Bukan goyang kaki, terkedip-kedip kelopak mata, lalu royalti akan masuk berdesup-desup. Oh, korang sedang hidup di alam yang berbeza tu.
Amalan mempromosi buku perlu dilakukan setiap waktu. Mukabuku mesti penuh dengan gambar buku korang atau petikan daripada buku korang. Post semua gambar yang kawan sedunia capture di kedai buku. Beritahu pada dunia buku kita ada di sini, di sana, di situ dan di mana sahaja.
Kalau korang ni jenis manusia yang sedikit pemalu sepertiku (masuk bakul tutup guna tudung saji), mula-mula memang akan malu dan segan. Tapi, lama kelaman akan jadi ketagih. Bukan isu riyak atau apa, tapi nak suruh orang beli, kita mesti beritahu orang lain kewujudan buku kita tu. Baru orang tahu, berminat, beli dan beli lagi sekali sebagai hadiah buat orang lain.
Logiklah sikit kan, nak suruh orang beli baju yang kita jahit,
"Mana bajunya yang kau nak jual tu, Mina?" "Ada di rumah, Mah." "Dah tu macam mana aku nak cuba kat badan. Engkau ni pun..."
Lepas dah post di sana sini, makanya akan ada orang yang berminat nak beli. Mereka akan tanya korang buku tu tentang apa. Persoalan pelik akan korang temui.
"Kenapa nama buku pelik nau?"
"Kenapa susah nak jumpa kat kedai?"
Dan pelbagai soalan lagi. Makanya, korang jangan pernah mengeluh dan sabar menjawab semuanya. Bayangkan mereka itu semua bakal mad'u (orang yang kita seru kebaikan paranya) kita. Merekalah calon yang akan mendapat manfaat daripada buku kita. Merekalah agen yang akan menyebarkan menggunakan kebecokan mereka betapa bestnya buku kita! Be friendly dengan mereka tau!
Mereka akan beli buku korang jika mereka tersangat berminat dengan keunikan buku korang tu. Kalau dia tak minat, dia akan kata, "Insya-Allah, kalau nak beli nanti saya beritahu ya!" Okay!!!
Mereka boleh membeli dengan cara:
- Beli di kedai
- Beli secara atas talian dengan penerbit
- Beli daripada penulis sendiri (paling mencabar bagi penulis)
Ramai yang suka untuk membeli dengan penulis sendiri sebab ada sign, ucapan dan kalau ada rezeki lebih hadiah percuma! Penulis sangat seronok jika bukunya mendapat sambutan dan ramai ingin menempah dengannya.
Ada dua cara lagi jika transaksi pembelian dengan penulis:
- Pre-order (pembeli bayar dahulu, penulis tempah dan belikan)- kes penulis baharu pokai sepertiku
- Penulis beli dahulu guna duit sendiri & jual seperti biasa
Cara untuk mendapatkan stok buku korang daripada penerbit ialah dengan membeli dengan mereka. Penulis biasanya akan mendapat harga sedikit murah berbanding harga yang sebenar.
Bagi penulis muda yang tiada sumber pendapatan sepertiku, pasti ada cabaran yang akan membuatkan korang rasa nak putus asa dan tertekan (kita manusia biasa, pasti akan rasa macam tu sekali-sekala).
Rasa itu akan datang bila korang lihat penulis lain yang sebumbung di bawah penerbitan yang sama memborong buku sendiri daripada kilang penerbitan beratus-ratus bilangan buahnya. Pada masa yang sama Editor pun minta giatkan lagi jualan buku korang dan korang masih dengan jumlah pre-order yang dahulu yang 60 buah itu. Itupun pre-order. Oh, saat itu hanya Tuhan yang Maha Tahu.
Tapi alhamdulillah. Terima kasih buat yang menjadi pembeli #basikalkarat yang 60 buah pertama tu. Luv u la!
Tapi alhamdulillah. Terima kasih buat yang menjadi pembeli #basikalkarat yang 60 buah pertama tu. Luv u la!
Hendak beli stok untuk di bawa ke mana sahaja (aku banyak pergi program dan banyak peluang untuk menjual tersia begitu sahaja), kerana aku tiada dana untuk membeli dahulu sebagai stok..
Jauh sekali untuk minta ibu bapa yang terlalu banyak berhabis duit. Tambahan lagi kita lihat betapa kerja kerasnya mereka mencari rezeki (duduk rumah baru korang nampak kegigihan mereka, duduk asrama dahulu asyik minta duit tak ingat dunia).
Di saat korang rasa teramat sempit dan buntu tu, korang mesti teruskan untuk mempromosi buku semampu boleh. Mungkin buat masa ini itu sahaja yang Allah izinkan untuk korang usahakan. Baik sangka dengan aturan Allah swt!
Jangan lupa untuk sertakan di mana bakal pembeli boleh dapatkan buku korang tu. Yang paling mudah ialah pautan atas talian penerbit korang. :)
http://mall.karangkraf.com/
http://mall.karangkraf.com/
Setelah orang lain nampak korang seakan banyak duit kerana duk promosi buku sana sini, akan ada yang personal message dengan korang untuk minta sumbangan itu dan ini. Minta sponsor buku dan sebagainya. (Aku tak salahkan mereka kerana mereka tidak tahu).
Korang akan rasa.... ?? Huargh!! Tak tahu nak rasa apa. Hati penulis muda yang baharu memang kena sado. Wajib!
Kita belum dapat lagi royalti hasil jualan buku. Kita tak mampu untuk tingkatkan jualan dengan membeli sebagai stok sendiri kerana kekurangan dana tapi orang di luar sana lihat kita seakan sudah banyak duit dan poket tebal berisi.
Sampai tak tahu nak rasa apa. Hilang deria rasa. Allah sahaja yang Maha Tahu.
Allahu rabbi!
Bukan kita tak mahu beri infak atau apa, sahabat, cuba keadaan kita belum mengizinkan lagi. Royalti bukan masuk bersama like dan share di Facebook tau. Ia makan masa dan banyak birokrasinya. Bukan terus kaya pom-pom penuh akaun bank... Silap tu. (hehehe)
Tidak mengapa, dengan izin Allah segala cabaran itu akan korang berjaya tempuhi bersama-sama dengan semangat para penulis yang lain. Melihatkan aktiviti mereka mempromosi ke sana sini bakal memberikan korang semangat baharu! Bekerja dengan insan yang sudah bekerja dan profesional, bikin matang cepat.
Insya-Allah, ada rezeki dapatlah kita sebagai penulis baharu ini infak lebih kepada yang memerlukan. Korang di luar sana pakat-pakatlah untuk sokong dan promosi buku kawan korang ke seantero dunia. Canangkan pada semua orang yang kawan korang tulis buku. Suruh mereka beli. Nanti dapat royalti lebih sikit, dapatlah kawan korang tu belanja ke, infak lebih sikit ke.
Rezeki mesti dikongsi walaupun sedikit, itu tanda orang bersyukur.
Rezeki mesti dikongsi walaupun sedikit, itu tanda orang bersyukur.
"Barangsiapa yang bersyukur, akanKu tambahkan lagi..."
Jadinya korang yang berimpian untuk jadi penulis tu, mohonlah sediakan hati yang sado. Kena tabah dan sentiasa positif dengan cabaran yang mendatang. Korang perlu sentiasa kreatif dalam mencari jalan promosi dan pembinaan nama korang.
Bukan mudah untuk seorang manusia yang entah siapa-siapa untuk dikenali di mata dunia. Buat facebook page tanpa membeli 'sponsored' sangat mencabar kemampuan anda! Walau bagaimanapun, aku akan terus berjuang!
Dan satu cabaran lagi ialah jika korang menerbitkan buku dengan syarikat penerbitan besar ialah korang kena berdikari dan bijak membawa diri.
Ini pemerhatian yang telah aku lakukan dan baca.
syarikat penerbitan gergasi mempunyai beribu-ribu penulis untuk dia terbitkan karya mereka. Tiada masa untuk mempromosi buku kita 'kaw-kaw'. Jadi, kitalah yang perlu bijak mencari ilmu promosi dan pembinaan nama.
syarikat penerbitan gergasi mempunyai beribu-ribu penulis untuk dia terbitkan karya mereka. Tiada masa untuk mempromosi buku kita 'kaw-kaw'. Jadi, kitalah yang perlu bijak mencari ilmu promosi dan pembinaan nama.
Sepanjang aku mencari ilmu pemasaran sebagai seorang penulis, buku 'Pemasaran Gerila untuk Penulis' karya Jay Conrad Levinson, Rick Frishman, Michael Larsen dan David L. Hancock sangat membantuku. Tetapi, aku baca yang terjemahan Melayu sahaja. Banyak tip yang aku pelajari dan cuba aplikasikan. Insya-Allah, Allah kan ada sentiasa membantu kita mencari solusi.
Ada jodoh nanti aku kongsikan ilmu berharga dalam buku tu. Nak tak korang?
Ada jodoh nanti aku kongsikan ilmu berharga dalam buku tu. Nak tak korang?
kredit Google |
Aku mohon doanya daripada korang dan aku doakan korang juga berjaya mencapai impian. Jangan tukar impian lepas baca entry aku ni sudahlah (hahaha). Sekian!
No comments:
Post a Comment