Assalamualaikum semua
selamat pagi.. senyum dan hirup udara segar pepagi ni..
cuaca tenang di unisza ni.. tapi hatiku tidak setenang wajahku.. bagaimana keadaan sahabat handai yang terkandas di kampung mereka tu akibat banjir besar di kelantan terutamanya..
ada rakan sekelas yang tak dapat dihubungi langsung.. mungkin bekalan elektrik terputus untuk dia cas telefon dia.. wifi apatah lagi.. hospital kuala krai yang menyayat hati.. herm.. tak tergambar dengan kata-kata.. hanya Allah yang tahu.. jikalah keluargaku yang tenggelam di sana.. apakah aku akan duduk diam sahaja di sini.. menghabiskan masa study dengan tenang dan selesa???
*persoalan yang wajib aku jawab dalam hati*
banjir paling teruk di kelantan yang pernah aku ikuti beritanya.. moga ada hikmah disebalik kejadian.. selain ucapan sabar dan tabah, doa juga sentiasa aku dan kami hulurkan..
Allah yang Maha Bijak Mencatur semua urusan
Moga kesabaran kalian akan membunga iman yang membunggar!
Siapa yang ingin hulurkan sumbangan:
silalah like page yayasan ikhlas untuk update yang pasti diyakini kesahihan beritanya.. YayasanIkhlasMalaysia
jumpa nanti.. insha Allah..
No comments:
Post a Comment